Nak sesuatu yang menyegarkan tekak hujung minggu ni? Jom buat puding buah naga!

Puding Buah Naga by Nurhayati Abd Malek

Bahan:

Image may contain: food1 biji buah naga (isi merah)
1 paket agar-agar bertali (20gm)
750 mls susu cair
750 mls air kosong
1 cawan gula kastor (Boleh kurang kan)

Nota: Saya guna loyang 7″

Info penting: Bancuhan agar-agar bertali boleh lihat cara di belakang paket. Yang saya guna ni dia minta saya bancuh 1500mls air. Jadi saya bahagikan dua 750mls air + 750 susu cair.

Cara masakan boleh tengok pada kapsyen dan gambar.

 

Image may contain: food

Mula-mula, buah ni potong dulu kecik-kecik. Ikut lah nak potong memanjang ke dadu ke janji boleh muat masuk mulut. Dah siap, ketepikan dulu.

Image may contain: food

Dalam periuk, kau orang masuk kan agar-agar dan juga air dahulu. Buka api dan kacau sedikit hingga agar² tadi cair dan mendidih.

Image may contain: drink

Bila tali agar² tadi dah mencair kesemuanya, masukkan pula susu cair.

Kacau lagi susu ni supaya tak hangit. Api kena jaga.

Image may contain: food and indoor

Dah sebati boleh masukkan gula ikut citarasa kalian. Saya tulis je 1 cawan, boleh kurang kan.

Boleh rasa sikit. Kalau kurang manis tambah lah gula. Kalau dah cukup, tak perlu tambah.

Image may contain: indoor and food

Kacau hingga gula sebati.

Image may contain: food and indoor

Masukkan buah naga tadi.

Image may contain: food

Kacau lagi sambil menari. Kerja kita kalau buat puding ni memang kena selalu kacau, kalau tak, kacaulah hidup! Eh tak, berketul lah nanti.

Kemudian tutup api dan masukkan dalam loyang yang disediakan tadi.

Image may contain: indoor

Biarkan kejap kat luar kemudian masukkan dalam esbok.

Image may contain: food

Tat-tadaaa! Siap lah sudah puding buah naga kita! Sedap makan waktu sejuk. Ahh, segar tekak.

Image may contain: 1 person, food

Cara nak dapat warna putih sebelah bawah:

– Tak perlu gaulkan sangat bancuhan dengan buah naga.
– Potong buah naga sedang kecil agar ia ringan dan terapung.
– Jangan pula terlalu halus, ia akan mudah hancur dan sebabkan semua bancuhan menjadi pink.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here