Kalau anda sejenis yang tak rajin nak jaga pokok tapi nak juga ada pokok hidup dalam rumah, saya memang rekemen cuba beli pokok money plant jenis Golden Photos.

No photo description available.

Image may contain: plant and flower
Ni pasu asal, saya beli RM12 tak silap. Sekarang asyik bercambah, jadi kita semai dekat pasu lain.

 

No photo description available.
Jangan lupa lubangkan pasu dulu. Saya tebuk guna screwdriver dengan lesung batu. Setel
Image may contain: plant
Nak semai, cari dulu akar cenonet ni. Ini yang akan bercambah jadi akar nanti. Biasa saya potong tengah-tengah macam ni, lepas tu cucuk je dalam tanah.
No photo description available.
Sebelum cucuk, tanah isi siap-siap dalam pasu. Nanti masa cucuk, pandai-pandailah adjust. Dah cucuk, siram air biar lembab tanahnya.

5 sebab kenapa saya cakap Golden Photos;

1. Tak perlu siram hari-hari, cukuplah seminggu sekali.

2. Senang nak hidup, sama ada atas tanah, melingkar (dinding/pagar) atau buh dalam pasu gelas berair.

3. Boleh hidup sama ada luar rumah atau dalam rumah.

4. Jenis tanaman yang membersihkan udara, sebab itu disarankan letak dalam rumah.

5. Senang nak semai, jimat tak perlu beli lagi.

Dari satu pasu, sekarang saya dah ada banyak pasu. Paling sihat, pokok ni bila letak dalam bilik air. Agaknya sebab sejuk lembab. Jadi, hari ni saya nak share cara semai menggunakan produk Eco 2 ringgit.

Image may contain: plant and nature
Ni kejadian lepas semai, cantik pulak pasu berwarna-warni. Kebetulan pasu pink tu pokok lain, dah mati pun pokoknya.

Selamat mencuba~

Sumber :Nazia Suhaimi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here