Ini pokok cili kulai F2.

Asalnya benih daripada buah cili kulai F1 dalam air beras yang saya buang dalam pasu.

Sedar tak sedar sudah tinggi dalam 10 cm. Alang alang saya ada polibeg saiz 18×20 inci, maka saya pun pindahkan. Saya guna tanah campur (ramuan 3:2:1, tanah, cocopeat, pasir).

Di awal pertumbuhan pokok cili ni memang saya sembur macam-macam. Baja foliar seaweed la. Baja belacan. You name it.

Lepas tu sembur racun organik minyak mambu (neem oil). Semua saya buat dalam 2-3 kali seminggu.

Alhamdulillah ada bunga.

Seterusnya ada buah.

Lepas dah tuai 2-3 buah, malas pula. Haha.

Dah tak terjaga pokok ni.

Saya letak baja pun seminggu sekali. Kadang 2 minggu sekali. Ikut mood.

Tapi kan, pokok ni selepas saya tak jaga masih boleh bertahan. Banyak pula buahnya.

Dari situ saya dapati, pokok cili di awal pertumbuhan memang perlu jaga betul.

Kalau dah berbunga dan tiada serangga menyerang, akan senang jaga.

Ha, moga perkongsian ni membantu ahli KBJTS yang lain untuk mula berkebun cili di rumah.

Izham Alias
Admin KBJTS
Siri #sembangkebun

Sumber :Izham Alias 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here