Teringin utk berkongsi (benih kucai saya beri percuma – jariah bulan Nov-Dis).
Kali ini saya akan berkongsi cara menanam kucai dlm kotak polistrin.

KELEBIHAN KOTAK POLISTRIN.
Menanam kucai atau sayuran lain dlm kotak polistrin mempunyai beberapa kelebihan. Ianya sangat murah, malah boleh dpt percuma, tahan lama, selamat, ringan & senang diuruskan penjagaannya.


DI MANA BOLEH DAPAT?
Boleh didapati secara percuma sahaja dari pasar atau dari pihak yg menggunakannya. Biasanya kotak ini dibuang oleh peniaga kerana kotak ini jenis pakai buang. Pilih kotak yg masih elok & saiz yg sesuai. Kotak yg baru juga boleh dibeli dari kedai. Kotak baru yg besar boleh dipotong dua bagi menjimatkan kos. Saya suka guna yg free, banyak dipasar borong, pilih shj mana yg mahu.

TEBUK LUBANG.
Kotak mestilah ditebuk lubang pada bahagian bawah kotak bagi mengelakkan air bertakung. Boleh ditebuk 2 atau 3 lubang dgn saiz sekitar 3cmx5cm.
MENGISI MEDIA TANAMAN.

No photo description available.
Kotak polistrin, saiz besar Potong & buang sedikit bhg atas. Buat lubang. Kotak polistrin yg telah dipotong & ditebuk lubang
Image may contain: plant, outdoor and nature
Siap utk diguna. Yg bawah tu dah siap diisi media tanaman.

Letakkan kotak ditempat yg sesuai yg telah dikenalpasti terlebih dahulu. Kucai perlukan cahaya matahari yg banyak. Kotak ini akan jadi berat setelah diisi medium tanaman nanti & mungkin susah utk dipindahkan.

Panduan rengkas paras menanam benih ubi kucai

Masukkan media tanaman yg subur dlm kotak hingga hampir memenuhi kotak. Media tanaman biasanya terdiri dari top soil, kompos & baja organik. Media campuran lain juga boleh digunakan asalkan subur.

 

Biarkan selama kira2 1 minggu sebelum menanam kucai atau apa2 sayuran.

 

 

 

Sumber:Ramli Ahmad to Kebun Sayur, Bunga Dan Buah Buahan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here