Alhamdulillah, pagi tadi saya dijemput untuk membuat demo bagi tanaman yang menyokong diet sihat. Jadi, tanaman yang dibawa adalah tumbuhan yang memberi perisa dan rasa sedap tanpa menggunakan perisa tambahan seperti daun ketumbar, daun sup, cili, daun kunyit dan kesum.

No photo description available.
Tong air, disembur cat dan dilubangkan disisi. Tinggikan lebih kurang 2 inci sebagai tempat simpanan air.

Seperti biasa, bekas yang saya gunakan adalah dari bahan kos rendah. Kali ini saya sekalikan dengan bekas kompos sisa dapur. Saya menggunakan tong air, disembur cat. Langkah penanaman ada pada setiap gambar.

No photo description available.
Bekas terpakai (bekas biskut raya) dilubangkan di sisi.

Saya menggabungkan beberapa jenis tanaman supaya kita dapat meminimakan penggunaan ruang dan medium (medium beli pakai liter -mahal) 😂😂. Bahkan ia praktikal dan boleh ditanam di setiap rumah sama ada flat, ppr, kondominium atau rumah teres. Tak perlu risaukan terlupa nak letak baja atau air dalam tempoh seminggu dua kerana ada bekas kompos yang sedia membekalkan nutrien.

No photo description available.
1. Masukkan tanah ke dalam tong sehingga ke paras yang diperlukan.

Saya menggalakkan penggunaan baja dari dapur supaya kita dapat menjimatkan belanja pembelian baja dan mengurangkan pembuangan sisa domestik. Benda boleh dapat free, untuk apa kita membeli?

 

Image may contain: food
Letakkan bekas yang akan menjadi bekas kompos.Tambahkan sedikit tanah lagi.

 

 

Image may contain: plant and food
Tanam anak pokok. Saya menggunakan pokok kucai. Semasa demo di MHI, saya tanamkan pokok ketumbar, pokok bayam brazil dan pokok kucai.
Image may contain: plant
Ini rupanya bekas tanaman. Bekas bertutup ini kita akan masukkan sisa dapur bersama gula merah. Rationya 1:1.

Semoga perkongsian ini memberikan manfaaf untuk semua.

Selamat berkebun
-Orang Kebun-
Enkay Nik Mustaffa

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here