1. Melalui Kaedah Keratan
.
a. Keratan dahan atau batang
Keratan dahan terdiri daripada keratan kayu keras, kayu sederhana dan keratan kayu hijau atau lembut.
.

b. Keratan daun
Jenis ini terdiri daripada keratan bahagian daun, keratan urat daun, keratan tangkai daun dan keratan helaian daun.
.

c. Keratan Akar
Keratan akar dibuat dengan memotong bahagian-bahagian akar yang sihat dan tidak berpenyakit kira-kira 7-15cm panjang dan kemudian ditanam dengan membaringkan akar di dalam pasir yang bercampur serbuk papan atau tanah gambut. Pastikan paras atas akar adalah sama paras dengan pasir. Ada setengah pokok tidak mengeluarkan biji dan susah pula dibiak dengan cara lain, (misalnya pokok sukun, dahlia, Plumbago). Oleh itu akarnya boleh digunakan sebagai bahan pembiakan.
.

2. Melalui Kaedah Cantuman
.
Cantum satu pembiakan tampang biasanya digunakan untuk membiak pokok buah-buahan. Namun ianya sesuai juga untuk pokok-pokok hiasan.
.
Pembiakan cara cantuman terbahagi kepada 3 jenis :
.
a) Cantuman tunas atau Cantuman dekatan
b) Cantuman mata tunas
c) Cantuman Belahan
.

3. Melalui Kaedah Mata Tunas
.
Terdapat dua jenis mata tunas iaitu mata tunas rehat dan mata tunas ketiak. Pokok-pokok yang mempunyai mata tunas rehat ialah seperti rambutan, bunga kertas, ciku, cempedak dan lain-lain. Pokok-pokok yang mempunyai mata tunas ketiak ialah seperti durian dan ros.
.

4. Melalui Kaedah Lenturan (Layering)
.
Lenturan adalah satu proses pembiakan tampang menggunakan bahagian pokok yang masih menjadi sebahagian daripada pokok induk yang masih hidup.

Antara teknik lenturan yang biasa dibuat adalah teknik lenturan udara (tut). Pembiakan cara ini sesuai digunakan untuk pokok-pokok yang susah dibiak dengan cara tampang yang lain. Biasanya dilakukan pada pokok-pokok jenis kayu keras seperti pokok kenanga, cempaka, limau dan ciku.

Sumber :BAJA MilAgro

 

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here