Nak kongsi pulak lagi satu tips ni, saya buatkan soal jawab khas untuk menjawab soalan2 kamu ye.
S: Berapa lama nak peram nasi tu baru jadi enzim?
J: Bergantung kepada beras yang kamu guna. Ada sesetengah beras cepat basi tapi ada sesetengah beras boleh tahan lama.
S: Nasi boleh guna apa2 jenis pun ker?
J: Boleh guna apa2 jenis nasi asalkan nasi putih dan tidak berminyak. Nasi beras merah orang T’ganu buat nasi dagang tu tak boleh la…
S: Ada beza ke?
J: Secara logiknya, beras merah dikukus dgn santan untuk jadikannya nasi dagang. So, dah bukan nasi biasa sebab bercampur dgn bahan yang mempunyai sifat berminyak iaitu santan. Nasi lemak pun tak boleh sebab ada santan walaupun warnanya putih.Hihi…
S: Bagaimana tekstur nasi tu sebelum boleh jadi enzim?
J: Nasi basi yang telah berubah ke proses penapaian. Teksturnya agak lembik dan mungkin ada air masam yang keluar. Mungkin juga terdapatnya ulat2 yang bertindak sebagai agen pengurai.
S: Mesti kena tanam ke nasi basi tu?
J: Letak je kat pangkal pokok tu pun boleh, tapi kalau lalat mai datang buat kenduri kat situ saya tak tanggung.  ; )
S: Boleh bagi contoh gambaran tak?
J: Sila tengok gambar kat bawah ye…
Sumber: adaapadgnaidadewie.blogspot.com

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here