Dah lama tak pekena Nasi Daging cicah Air Asam di gandingkan dengan Sup Daging Power abis seperiuk nasi hari ni.. sedap sangat dengan nasi yang ada perisa ni… pastu hirup dengan kuah sup panas plak… perghh!! kekenyangan menyandar..
pada yang nak mencuba boleh try resepi ni

Nasi Daging Air Asam

1kg daging lembu/kambing potong sederhana besar n rebus 3/4 empuk (air rebusan jangan dibuang guna utk masak nasi dan sup)

3 cawan beras basmathi
4 cawan air rebusan daging
1/3 cawan susu cair
1/2 sudu besar lada hitam tumbuk kasar
2 sudu besar rempah kurma
1 batang serai
1 helai daun pandan
1 sudu besar serbuk pati ayam/2 kiub pati ayam
1 biji tomato potong 8
garam
daun ketumbar

2 biji bawang besar sederhana besar*
3 ulas bawang putih*
sedikit halia* (* kisar hancur)

1batang kulit kayu manis
4 biji buah pelaga
3 biji bunga lawang
1/2 cawan minyak masak@ 8 sudu besar
1 sudu besar marjerin

1. Rendam Beras 1/2 jam
2. Panaskan minyak dan marjerin dalam periuk.. masukkan kulit kayu manis, pelaga, bunga lawang dan bahan kisar tumis sampai wangi masukkan rempah kurma ,lada hitam dan serai.. kacau dan sehingga pecah minyak. kemudian masukkan pati ayam.
3. Masukkan beras yang telah ditoskan terlebih dahulu kacau sebentar dan masukkan air rebusan daging tadi sekali dengan daging (sukat) dan masukkan daun pandan dan perisakan dengan garam.
4. Sehingga nasi 3/4 masak masukkan hirisan tomato dan daun ketumbar. Biarkan sehingga nasi masak..

Image may contain: food

Air Asam

1 biji tomato hiris halus n potng kecik
5-10 biji cili api potong kecik
1 cawan air asam jawa
5 biji bawang merah hiris nipis
sedikit belacan
1 sudu kerisik
gula dan garam dan sedikit daun ketumbar

Masukkan semua bahan2 tersebut dalam air asam jawa. Perisakan dengan garam dan gula.. air asam ni manis2 masam gitu.

Image may contain: food

Sup Daging power

1kg daging lembu/kambing potong sederhana besar
1biji bawang besar kisar halus
4 ulas bawang putih kisar halus
sedikit halia kisar halus

1 batang kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
3 biji bunga lawang
2 sudu besar rempah sup
1 sudu besar rempah kurma
sedikit serbuk kunyit
1/2 sudu lada hitam tumbuk
sedikit daun ketumbar
1 sudu serbuk pati ayam/2 kiub pati ayam
garam
10 biji cili api ketuk je
limau nipis peras bagi sedap

Panaskan minyak, masukkan bahan penumis (kayu manis, pelaga, bunga lawang) masukkan bahan kisar, tumis pecah minyak masukkan rempah sup dan kurma, serbuk kunyit dan lada hitam.. kacau lagi sehingga pecah minyak.masukkan air dan pati ayam … rebus biar empuk . akhir sekali baru masukkan cili api ketuk , daun ketumbar dan limau nipis.

Image may contain: food

Selamat Mencuba!

Sumber: Tahrunnisah Jali

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here