Saya kongsikan full set resepi nasi kukus ayam berempah kerutuk daging sambal belacan yang enak dan sedap

Resepi Nasi kukus ayam berempah, sambal belacan, kerutuk daging

Beras dibersihkan dan ditoskan.. masukkan beras dalam 1/2 mangkuk@bekas kecik kemudian tuang air 3/4 dari mangkuk tadi dan kukus dalam 30 minit atau hingga masak (isi daun pandan dalam air kukusan utk bau wangi)

Image may contain: food

Resepi ayam goreng berempah

1 ekor ayam dipotong kecil atau mengikut kesukaan anda
(dibersihkan dan di salut tpg gandum sekejap utk hilangkan hanyir)

1 inci halia**
1 biji bawang besar saiz kecik**
5 ulas bawang putih**
7 batang serai**

1 sudu besar ketumbar (digoreng tanpa minyak dan ditumbuk)
1 sudu besar jintan manis (digoreng tanpa minyak dan ditumbuk)
2 tangkai daun kari dibersihkan dan diramas/dicarik
1 sudu besar cili kisar
sedikit kunyit (terpulang nak yang segar atau serbuk)
garam dan gula sikit (pengganti ajinomoto) nak guna ajinomoto pun terpulang
3 sudu besar tepung jagung
1 biji telor (dipukul dahulu)
2 sudu besar rempah kari ayam

caranya

Ayam dibersihkan setelah disalut dgn tpg gandum..

semua bahan yang bertanda ** dikisar dengan sedikit air ..kisar hingga serai hancur.. kemudian tumbuk ketumbar, jintan dan kunyit hingga hancur..

dalam bekas satukan semuanya bahan rempah. telor, daun kari dan tpg jagung serta serbuk kari.. tambah garam dan sedikit gula ..rasala sikit atau agak2 ye rasanya..kemudian masukkan potongan ayam..gaul sebati.perap selama 1 jam atau lebih

biarkan ayam tersebut 1 jam ke atas la..kalau lama sangat masukkan dlm peti ais..time nak goreng kluarkan dan goreng..

Panaskan minyak kemudian perlahan api aras sederhana.. (saya goreng dlm periuk sederhana kecil separuh minyak) masukkan ayam …goreng sehingga mendpt warna seperti dibawah . toskan ayam ni diatas tisu serap minyak.insyaallah hasilnya serdak garing dan rangup shingga ke petang..selamat mencuba…

** sewaktu menggoreng ayam beserta dengan serdaknya dah nampak serdak kekuningan angkat dan toskan .. sbb takut hangus/hitam pulak nanti .. ayam tu goreng sehingga masak. atau cara lain goreng ayam dulu kemudian baru goreng serdaknya pun boleh cara ni

Image may contain: food

 

Resepi kerutuk daging/kambing

1kg daging/kambing

Bahan bahan kisar
2 labu bawang besar
3 bawang putih
sedikit halia
sedikit lengkuas

Bahan lain
Kulit kayu manis, bunga lawang buah pelaga utk menumis
4 sudu besar penuh rempah kerutuk
2 sudu besar cili kisar
5 ulas bawang merah dihiris mayang
2 ulas bawang putih dihiris mayang
3 btg serai dititik
sedikit air asam jawa
1 1/2 sudu besar kerisik
Garam dan gula melaka/nisang
1 cawan Santan sederhana pekat
minyak utk menumis
lada besar hijau/ kentang

Caranya

1. Panaskan minyak masak..masukkan bahan kisar, sehingga wangi
2. Kemudian masukkan serai, kulit kayu manis, bunga lawang buah pelaga bawang merah dan putih yang dihiris serta cili kisar.. tumis sehingga semua nya naik minyak dan masukkan rempah kerutuk kacau sebati
3.. Masukkan daging dan santan ..masak sehingga daging empuk. kemudian masukkan kentang potong. nampak kerutuk kering boleh tambah air sikit
4. Masukkan garam dan gula melaka sedikit dan lada besar hijau..dalam 10 minit siap..

*kerutuk ni bukan mcm kuah gulai..dia sedikit pekat

Image may contain: food

Resepi Gulai

2 biji bawang sederhana besar kisar
2 ulas bawang putih kisar
2 sudu cili kisar
3 sudu serbuk kari babas (jadikan pes tambah sikit air)
1 batang kayu manis
2 biji buah pelaga
2 biji bunga lawang
1 sudu besar serbuk pati ayam
sedikit daun kari
sedikit halia tumbuk
sedikit kunyit serbuk
garam, gula
sedikit air asam jawa
1 sudu besar kerisik
1cawan santan serderhana pekat
air
3 biji kentang
Nak isi ayam blh kaki ayam pun blh

Caranya

1. Tumis bawang besar, bawang putih halia daun kari sehingga wangi, kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, serbuk kunyit kemudian masukkan cili kisar dan pes kari .. kacau dan sehingga naik minyak
2. masukkan kentang, santan , air dan kerisik.. dah empuk kentang masukkan pati ayam, air asam jawa, garam dan gula .. siap utk dihidang

Image may contain: food

Resepi sambal belacan

20 tangkai cili padi potong kecik
10 tangkai cili merah besar potong kecik
4-6 biji asam limau kasturi-buang biji dan perah airnya
1 ibu jari belacan-bakar seketika
2 ulas bawang putih bakar seketika
2 sudu besar cuka
1bii buat tomato potong kecik
1/4 cawan gula melaka/nisang (parut bagi halus)
1 sudu asam jawa tambah dengan air panas ramas amik airnya sahaja
sedikit air

kisar semua bahan diatas kecuali limau kasturi tp jangan hancur sangat .. dah siap kisar baru perah limau kasturi dan hiris kulit limau kasturi .. jika kurang suka manis boleh kurangkan

Image may contain: food

Sumber: Tahrunnisah Jali

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here