Buah mengkudu… Ramai yg tak manfaatkan buahnya…Banyak yg dibiarkan gugur di tanah…Membusuk begitu sahaja… Disini saya nak kongsikan cara saya manfaatkan buah ini

1. JUS BUAH MENGKUDU
— Blend buah mengkudu masak dgn air sejuk
— Tapiskan, ambik air sahaja
— Tambah sedikit lemon/ limau nipis untuk menghilangkan baunya… Boleh juga ditambah asam boi untuk rasa lagi sedap.. Nak lagi sedap tambah gula sesedap rasa…

Jika seimbang gula, limau dan mengkudu, jus mmg sedap.. Anak saya yg kecik pun boleh minum.. Saya bg testing kat kawan2 pun, mereka ckp sedap…
——————————————————————–

2. CUKA MENGKUDU
— Pilih buah yg masak sahaja
— Jika kotor, basuh dahulu dan jemur dibawah cahaya matahari sekurang2nya 1 jam.
— Pilih botol yg betul2 bersih dan kering serta kedap udara. Seeloknya botol kaca.
— Isi botol dgn buah mengkudu sehingga penuh.
— Peram selama sebulan atau lebih.

** Pic 2&3 adalah pic cuka mengkudu
** Selepas sebulan anda dah boleh ambik cukanya.. Pic tu adalah cuka yg di tuai selepas 4 tahun.
** Semasa proses pemeraman, kulat tidak sepatutnya terhasil. Jika terjadi, sila buang , itu sudah tercemar.

Image may contain: drink

Manfaat cuka ini..
1.Penyembuh luka kecil yg cepat.
Jika ada luka kecil, atau anak2 terhantuk.. boleh sapu dgn cuka ini.. Jika benjol, celup cotton ball dlm cuka ini, tekapkan di benjol selama +-30 minit..

Pengalaman saya:
1. Saya ada seekor anak kucing yg ada masalah mcm sawan..Dia akan tergigit kaki sendiri bila sawan dia dtg.. Punca jadi, waktu kecik, dia digigit oleh kucing jantan di tulang belakang sehingga menyebabkan dia lumpuh.. Lumpuh 1 badan sehingga nk menyusu pun x boleh.. Lidah x boleh nak hisap susu ibunya… Alhamdulilah, dia sembuh selepas diurut oleh suami saya.. Suami saya pakar dalam urutan. Cuma kesannya, dia ada sawan. Bila sawan dia datang, secara x sengaja , dia akan gigit kakinya… Dari ubat doktor dan macam2 lagi saya sapu, luka dia x sembuh… Alhamdulilah, setelah saya sapu dgn cuka ini, luka dia sembuh…

2. Suami menebas rumput, tertebas tulang kering sendiri. Darah keluar banyak, bengkak sebesar telur ayam… Cepat2 saya tekap luka dgn cuka ini… Selepas setengah jam, luka berhenti, benjol hilang… Byk lagi pengalaman sebenarnya dgn cuka ni , cukup setakat dua ni saja.

Cuka ini boleh dimakan… Jika anda ada masalah kolestrol tinggi, amalkan minum cuka ni.. inshallah kolestrol turun tahap normal.

Edited:
Disini saya menjawab beberapa soalan dan diharap bermanfaat untuk anda.

1. Untuk buat cuka mengkudu, hanya guna buah yg RANUM baru akan keluar airnya…

2. Kebersihan buah, botol dan tangan amat penting dalam proses pembuatan cuka mengkudu.

3. Tidak perlu tambah air dalam botol peraman.. Air akan keluar dari buah mengkudu.

4. Cuka mengkudu terhasil dari fermentation buahnya.. Jadi selepas botolkan mengkudu, simpan pada suhu bilik.. Saya simpan atas rak barang.

5. Tuaian hasil cara saya.
Cuka yg terhasil tanpa perahan buah, saya isi dalam botol kaca. Bagi saya , ini 1st gred. Jika anda bertuah, anda akan nampak titisan2 minyak terhasil..sedikit sahaja.. Didalam buah ada lagi cuka.. Gunakan penapis kain yg bersih dan kering utuk perah buah. Cuka yg ini saya asingkan botolnya dari botol yg pertama tadi. Disebabkan berlainan gred, akan ada sedikit perbezaan rasa.

Image may contain: 1 person, smiling, drink

———————————————————————-
3. BUAH MENGKUDU SEBAGAI PERANCANG SEMULAJADI.

— Seminggu sebelum datang bulan,sila makan buah ni sebiji…Ini petua org tua2…

Sumber: Ila Shafi’l

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here