Assalamualaikum, admin & sahabat semua dalam group. Ni kali pertama saya berkongsi masakan kt dlm group ni. Terima kasih ye, admin. Mlm ni anak no 3 nak balik ke IPG kampus Ipoh, esok pulak anak no 6 balik ke asrama ( MC 4 hari sebab demam). Jd pg tadi, saya buatkanlah kuih kering kegemaran saya buat kudapan mereka, lgpun senang nak simpan dlm locker masing2. Sambil study sambil mengunyah..Nama kuih ni unik sikit, Kuih Perut ayam, ada jgk yg bg nama Kuih Telinga. Nama sahaja Kuih Perut Ayam tp tak ada secebis pun perut ayam dlm bahannya.

Resipi Kuih Perut Ayam a.k.a Kuih Telinga

Bahan-bahan:

1 kg Tpg Gandum
1 peket tpg jagung (300 gm)
1 peket serbuk santan segera
1 biji telur ayam grd B
1/2 cawan gula yg dilarutkan dgn 1 1/2 cawan air suam ( gula boleh lebihkan atau kurangkan ikut kehendak masing2)
2 cawan margarine **yg resipi drp group MK tak pyh dicairkan tp ida cairkan)

Cara membuatnya:

1. Gaulkan tepung gandum, tpg jagung, serbuk santan di dlm bekas. Buat lubang di tgh, kemudian masukkan telur. Gaulkan hingga sebati. Kemudian tuangkan margarine yg dah suam2 kuku tu ke dlm bekas tepung. Gaul lg.
2. Tuangkan air suam bergula td sedikit demi sedikit sehingga adunan tak melekat di jari.
3. Gunakan mesin pasta utk meleperkan doh dan kemudian gunakan mesin yg sama utk ‘memotong’ adunan tersebut spt saiz kue teow. Potong dlm anggaran 5″ atau pun ikut kesesuaian.
4. Bentukkan la seperti dlm gbr ..selamat mencuba!

Image may contain: food

Image may contain: food

Oleh: Ida Suudi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here