“7 TIPS NAK BAGI SAWI DALAM PASU JADI GEMUK GEMUK”

Sawi antara sayur daun yang paling mudah di tanam. Tanam dalam pasu pun ia boleh jadi subur bila kena caranya.

Mesti ramai yang tak tahu sebenarnya nak bagi sawi gemuk dalam pasu senang sangat sangat. Saya dah biasa buat sampai kawan – kawan isteri minta nak beli sawi saya.

Baik. Ini tipsnya :

1. Pilih saiz pasu yang sesuai. Lagi besar saiz pasu, lagi baik. Saya biasa guna pasu saiz 16 x 12 inci.

2. Guna media tanaman yang paling sesuai. Jenis media yang kita guna akan menentukan jenis baja yang perlu kita gunakan nanti. Saya selalu guna tanah campuran sebagai media tanaman sebab ianya boleh jimatkan air dan baja.

3. Tanam dari benih yang berkualiti. Macam saya, saya guna benih sawi giant. Saya suka sangat sawi giant ni sebab ia tak pahit, tak berbunga, boleh tahan lama dan beratnya boleh mencapai 1 kg sepokok.

4. Guna baja yang sesuai mengikut jenis media tanaman kita. Bila guna cocopeat atau sekam padi bakar sebagai media tanaman, kita wajib guna baja AB sahaja. Sebabnya ke 2-2 media ini kosong kandungan bajanya.

Bila kita guna tanah campuran, kita ada banyak pilihan baja untuk pokok sawi tersebut. Kita boleh guna baja sebatian NPK 15:15:15, Baja Sebatian NPK 16:16:16, Baja Organik 8:8:8:8 + Mgo, Baja NPK Larut Air 18:18:18 + Mikro, semua jenis baja organic yang ada di pasaran dan boleh juga guna baja AB.

5. Lokasi kedudukan pasu juga amat penting. Untuk pokok sawi hidup subur, pasu mesti diletakkan di tempat yang dapat 100% pancaran matahari. Jika cahaya tak cukup, pokok akan terbantut tumbesarannya. Orang Kelantan panggil “berit”.

6. Siram pokok mengikut keperluan berdasarkan jenis media tanaman yang kita guna. Jika guna cocopeat atau sekam padi bakar, kekerapan siraman paling kurang 3 – 5 kali sehari. Jika kita siram kurang 3 kali, pokok akan jadi layu dan risiko pokok mati adalah sangat tinggi.

Berbeza jika guna tanah campuran, saya siram 1 kali je sehari. Kadang kadang tu, ada juga 2 hari baru siram. Alhamdulillah, setakat ni pokok ok je. Inilah salah satu kelebihan guna tanah campuran.

7. Kawalan perosak dan penyakit dilakukan secara berkala 1 kali seminggu. Untuk tanaman di tepi rumah, disyorkan guna kawalan organic sebagai langkah pencegahan.

Saya guna bio pesticide buatan sendiri. Semasa nak sembur pada pokok sawi, bio pesticide tadi saya akan campurkan dengan cuka kayu supaya ia jadi lebih power. Hihi.

Kawan – kawan, tanam sawi dalam pasu ni sangat sangat mudah bila kita tahu caranya. Ia akan jadi lebih seronok bila pokok yang kita tanam tu besar besar dan gemuk gemuk.

Dan yang paling best, kita dapat makan sayur fresh yang 100% bebas racun kimia. Bila bila masa je boleh terus petik.

Tolong kongsikan tips ni pada yang lain SEBAB mungkin ianya akan sangat berguna untuk mereka juga.

Sumber: Azuan Abdullah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here