Pada suatu hari minggu, saya ke pasaraya membeli sayuran. Ternampk seorang makcik membelek2 daun sup dan daun bawang. Saya pun menegur… “Makcik ok ke makcik?”

(Sebab dah dua kali ditengok, dipegang diletak balik atas para, diambil balik… dan diletak balik)

”Makcik ni, duk dengan pakcik aje… nak beli ni banyak membazir… “

Jadi saya pun beritahu apa saya buat tiap kali saya beli daun bawang, daun ketumbar dan daun sup untuk memasak.

Memang tak akan habis.
Jadi saya akan cuci siap2 semuanya, biarkan kering didalam tapis. Bila sudah kering, dipotong2 kecil. Simpan didalam bekas, didalam tempat sejuk beku. Jangan simpan semasa basah2 lagi, nanti daun melekat, bila nak masak semua hancur sebab susah nak keluarkan.

Pakai, bila perlu bila memasak. Kita tak perlu membazir. Saya pasti memang ramai dah tahu, tapi saja nak share kepada yg belum tahu.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here