Petua kunyit:

  1. Parut sedikit kunyit dan perah airnya. Amalkan meminumnya.
  2. Parut dua ketul isi kunyit dan seketul lempoyang.
  3. Kemudian bubuhkan setengah cawan air hingga sebati.
  4. Tapis dan campurkan dengan satu sudu besar air limau nipis dan madu.

Minum selama tiga hari berturut-turut. Selain menyihatkan bahagian dalam tubuh, ia juga mencantikkan kulit.

Memanaskan Badan:

  1. Tumbuk beberapa ketul kunyit hingga hancur.
  2. Campurkan dengan sedikit air dan tapiskan.
  3. Minum airnya tiga kali seminggu.

Daun Kunyit:

  1. Sekiranya anda diserang pening atau sakit kepala,
  2. Ramas beberapa helai daun kunyit bersama sedikit air.
  3. Selepas itu sapulah di kepala hingga rata.

Isi kunyit dapat menyembuhkan penyakit senggugut terutamanya apabila dimakan mentah sebagai ulam bersama nasi.

Kunyit juga melancarkan perjalanan darah dan mencegah kulit daripada cepat berkedut.

Sumber:Majalah Keluarga

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here