Kenal tak, buah Pisang kaki? Pertama kali dengar nama buah ini? Biar betik!

 

Walaupun namanya pisang kaki, tapi jangan lah korang bayangkan rupanya macam pisang kat kaki tu pulak tau! Buah ni bukan dari pokok renek atau yang menjalar atau dari ubi. Buah ni dari pokok yang besar. Macam pokok jambu, pokok rambutan tu haaa.

Mungkin sebenarnya korang dah biasa jumpa, tapi mungkin panggil ngan nama lain. Kalau nak tau, nama lainnya adalah buah persimmon.

Orang Jepun panggil buah ni, ‘kaki fruit’.

Ni memang buah kegemaran Cik No. Rasanya sedap, manis dan rangup.

Dipercayai pisang kaki ni berasal daripada China dan buah ini tergolong dalam keluarga Ebenacea. Buah ini warnanya kuning dan apabila masak, ianya bertukar ke warna merah oren. Bila buah betul-betul masak, rasanya makin makin lemak manis.

 

Dia ada banyak bentuk. Ada yang bulat leper dan ada gak bentuk bujur sikit. Rasanya jugak ada yang sangat manis dan ranggup dan ada juga yang masam dan pahit.

Kita makan mentah je buah ni. Kalau korang nak tau pisang kaki sangat baik untuk mengawal tekanan darah tinggi dan meningkatkan pengaliran darah.

Selain itu, buah ini boleh selesaikan masalah sembelit korang. Kalau untuk orang yang ada masalah jantung dan paru-paru, memang disarankan wajib makan buah ni. Buah ni banyak mengandungi bahan mannitol, glukos dan Vitamin C.

Khasiat lainnya :,

– merawat strok

– bekalkan tenaga

– mengandungi kandungan mineral seperti kalium, mangan, copper dan fosfurus yang baik

– mempunyai vitamin B-Complex

Dan yang specialnya, buah Pisang kaki ni bermusim. Kebanyakannya buah ini diimport dari China dan Jepun.

Okey, semoga bermanfaat. Selepas ni kalau gi Jalan-jalan kat Aeon dan terjumpa pisang kaki boeh la cuba rasa .

Ani Sue , Berkebun D Rumah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here