Daun kesum disebut juga di sesetengah tempat sebagai daun cenohom atau rau ram namanya di Vietnam. Kesum adalah tumbuhan renek kategori herba berasal dari Asia Tenggara yang tumbuh meliar di kawasan-kawasan lembap seperti di tepi parit, sawah dan sebagainya. Ia dikenali juga dengan nama botaninya polygonum minus.

“Mak guna kaedah self watering.
After years tanam pokok kesum manjang mati, This is the kaedah yang paling serasi sebab tayah nak siram hari-hari dan senang nak maintain.

“Pokok apa pun boleh guna kaedah self watering.Akak recycle je bekas minyak/botol mineral.”-Liyana Sulaiman

Langkah-Langkah Penanaman

1. Potong dua, bahagian atas tu tayah tinggi sangat, lebihkan bahagian bawah sebab nak isi air.

2. Pastu cat/spray. Ni optional je, tapi recommeded sebab kalau tak spray, possibility untuk alga/lumut hidup banyak.

Nantk rugi air baja sebab alga/lumut akan “makan” air baja, pokok tak dapat khasiat/baja.

3. Pastu, sumbat la hujung botol tu dengan span filter aquarium.Kalau takde, guna je kain perca/mop lama.

4. Letak medium.
Akak pakai cocopeat (sabut kelapa).
Beli kat nusery. Seguni dalam 15 kalau tak salah akak.Survey around, boleh dapat cheaper.

5. Pastu korang semai la pokok/benih.

6. Untuk baja, akak guna baja AB.
Boleh search FB, few seller ada jual.Akak cuma tambah air baja seminggu sekali.

 

Kaedah ni sesuai sangat la untuk orang yang rajin tapi malas macam akak.Lepas ni nak cari benih sayur pulak.

Sumber : Liyana Sulaiman

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here